Tuesday, March 25, 2008

KURIKULUM PRASEKOLAH

Apakah yang anda faham tentang Kurikulum Prasekolah?Bincangkan

7 comments:

::ajah:: said...

Model kurikulum atau program prasekolah didapati berbagai-bagai. Ada yang menggunakan model tradisional atau akademik dan ada yang menggunakan Model Froebel, Montessori, Piaget, Head Start, Perkembangan Menyeluruh, Kurikulum Terbuka dan Campuran dan pelbagai lagi. Walau bagaimanapun kebanyakan prasekolah swasta menggunakan model tradisional dan ini dianggap menyeleweng daripada matlamat pendidikan awal kanak-kanak yang sepatutnya bertujuan untuk menggalakkan perkembangan psikososial, personaliti, moral dan potensi kanak-kanak. Prasekolah anjuran agensi kerajaan pula menekankan aspek sosiolisasi, perpaduan akhlak di samping aspek perkembangan kognitif.

farehah said...

Sebenarnya untuk anak prasekolah, bermain adalah kurikulum terbaik. Yang penting pada usia ini adalah membiarkan mereka bereksplorasi dan memberikan pengasuhan yang tepat. Orang tua hanya perlu memegang parameter perkembangan standar saja sebagai acuan.

farehah said...

Kurikulum PASTI adalah mengikut susunan kandungan yang diajar secara tersusun dan sistematik bagi memenuhi serta mencapai matlamat Tarbiyyah Islamiyyah. Pada dasarnya, kurikulum ini adalah pancaran konsep Insaniyyah dari Manhaj Al-Hayah Al Rabbani yang berpaksikan Iman, Islam dan Ihsan. Fungsinya ialah bagi mengawal dan memelihara fitrah manusia supaya potensi-potensi rohaniah, aqliah dan jasmaniyah tidak dirosakkan oleh pengaruh aim sekeliling yang merendahkan kualiti iman manusia. Selain itu, kurikulum PASTI juga berfungsi untuk memperkembangkan fitrah serta potensi-potensi kemanusiaan selaras dengan kehendak matlamat Pendidikan Islam

farehah said...

Pendidikan prasekolah membolehkan murid:
1. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik.
2. menggunakan bahasa Melayu dengan baik dan memperkembang kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi.
3.Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa penghantar Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
4. menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua.
5. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.
6. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
7. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
8. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial .
9. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik ; dan
10. mempunyai daya kreativiti dan estatika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

chongsuilan said...

kurikulum prasekolah yang baik adalah kurikulum yang berasaskan kepada teori pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
menurut Feldman (1991:53),pembentukan kurikulum prasekolah perlu merangkumi komponen falsafah, matlamat dan objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran, dan penilaian. falsafah menggambarkan tujuan prasekolah, nilai dan kepercayaan guru berkenaan nagaimana kanak-kanak belajar.
prinsip-prinsip membentuk kurikulum:
menurut Feldman (1991, prinsip-prinsip yang perlu dipatuhi. Antaranya ialah:
1) Pemusatan kepada kanak-kanak
2) keseimbangan
3) Kesesuaian
4) Urutan
5) Skop
6) Kesepaduan
7) Kesinambungan
8) Minat

haslina said...

Pendidikan awal bukan semata-mata sebagai asas kemahiran akademik,
tetapi juga pembentukan peribadi serta kematangan emosi dan kemahiran sosial kanak-kanak.
Kurikulumnya juga perlu berupaya memupuk daya kreativiti, kemahiran berfikir dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh.
Ia merangkumi bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif,
kerohanian moral, perkembangan emosi, perkembangan fizikal serta
kreativiti dan estetika.Komponen bahasa dan komunikasi yang melibatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.Manakala perkembangan kognitif pula melibatkan pemerhatian, perbandingan dan diskriminasi, ramalan, konsep masa, konsep ruang dan penyelesaian masalah, pengelasan, padanan satu dengan satu konsep nombor, operasi nombor dan pengukuran.Pendidikan berkaitan dengan akidah, ibadat, sirah,
akhlak dan asas bahasa al-Quran dan tulisan jawi perlu diajar bagi
kanak-kanak beragama Islam. Begitu juga dengan pendidikan moral yang melibatkan nilai perkembangan diri, diri dan keluarga, masyarakat, alam sekitar dan negara.Sementara perkembangan sosio emosi pula untuk membolehkan mereka mengurus dan memahami emosi sendiri, mencapai emosi yang positif, membina kemahiran sosial dan membina keyakinan untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan harian.Untuk perkembangan fizikal, mereka perlu dididik untuk menguasai pergerakan, menjaga kesihatan dari segi pemakanan dan pakaian serta mengenali bahaya dan langkah-langkah keselamatan.Tidak ketinggalan, kanak-kanak perlu dikenalkan dengan persekitaran dan keindahan alam, membuat lukisan dan kraf tangan, muzik dan nyanyian serta komputer dan teknologi bagi meningkatkan
daya kreativiti dan estetika.Kurikulum Prasekolah Kebangsaan telah
menggariskan enam komponen utama yang menyumbang kepada perkembangan menyeluruh.Sekiranya 6 komponen tersebut dilaksanakan di prasekolah maka kanak-kanak ini nanti akan bersedia melangkah ke sekolah rendah.

kasma said...

Di Malaysia kurikulum yang terancang telah digubal oleh ppk untuk pendidikan prasekolah,setiap tadika atau prasekolah perlu merujuk atau menggunapakai kurikulum tersebut.Walaubagaimanapun terdapat pelbagai jenis kurikulum yang dipraktikkan di tadika atau prasekolah .Ada kurikulum yang islamik seperti di taski amib,model froebel,reggio emilio,montessori dan piaget.Setiap prasekolah sepatutnya mendedahkan kepada kanak-kanak prasekolah dengan kurikulum yang memperkembangkan potensi kanak-kanak itu sendiri dan tidak mengikut kemahuan ibu bapa secara keseluruhan,ini penting supaya kanak-kanak lebih kreatif,bermoral dan cerdas.