Tuesday, March 25, 2008

GURU TADIKA BERKUALITI

Kepentingan guru tadika berkualiti perlu dititikberatkan kerana tanpanya sukar untuk menghasilkan kanak-kanak bermutu. Tanpa komitmen guru tadika terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki persekolahan rendah.

Bincangkan.

10 comments:

farehah said...

Guru tadika berkualiti sangat penting bagi menjamin penghasilan pelajar yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
"Melentur buluh, biar dari rebungnya". Bermaksud pelajar yang hendak kita didik haruslah bermula dari peringkat prasekolah.

haslina said...

Guru tadika merupakan guru yang pertama yang mendampingi kanak-kanak sebelum melangkah ke sekolah rendah.Dengan adanya guru tadika yang berkualiti akan melahirkan anak-anak yang berkualiti juga.Guru tadika yang berkualiti juga datangnya dari dalam diri guru tersebut yang memang berminat kepada kanak-kanak.oleh yang demikian pemilihan guru tadika haruslah dipilih dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan anak-anak yang berkualiti.

::ajah:: said...
This comment has been removed by the author.
::ajah:: said...

Walaupun kini beban tugas mendidik kanak-kanak prasekolah semakin berat dan tambah mencabar, tanggungjawab dan amanah itu harus ditunaikan dengan penuh komitmen dalam usaha memperkasa dan memartabatkan profesion perguruan negara, di samping membuktikan hasil kerja berkualiti serta berdisiplin.

Dalam hal ini, guru tadika tidak boleh bersikap lepas tangan terhadap kepentingan peranan mereka untuk membantu pelajar mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sehingga mampu mencapai kecemerlangan melalui pengajaran berkesan.

Kepentingan guru tadika berkualiti harus dititikberatkan kerana tanpanya sukar untuk menghasilkan pelajar bermutu. Tanpa komitmen penuh guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki sekolah rendah.

Justeru, guru tadika mesti menghayati tugas murni profesion perguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar benar-benar mahu serta ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Ini kerana dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai kecemerlangan yang membanggakan.

rahayu said...

guru tadika berkualiti juga haruslah lebih kreatif dalam melahirkan rasa minat kanak-kanak dalam menjalankan sesuatu aktiviti.Kanak-kanak tadika juga perlu dirangsang dengan sesuatu yang baru dan menarik,contohnya dalam menjalankan aktiviti yang dapat merangsang deria mereka.Masalah pel;ajar yang masih tidak dapat membaca walaupun sudah berada di sekolah rendah bukanlah hanya disebabkan oleh guru tadika tersebut sahaja tetapi ibu bapa juga harus memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak mereka. Sememangnya masyarakat akan menunding jari dan menyalahkan guru sermata-mata, walhal perkara yang sedemikian adalah tanggungjawab bersama

chongsuilan said...

memang tidak dinafikan kualiti guru prasekolah adalah sangat penting bagi menghasikan kanak-kanak uang bermutu.tetapi, bukanlah hanya guru prasekolah yang dipersalahkan atas kegagalan kanak-kanak menguasai kemahiran asas 3M. malah ibubapa juga mempunyai tanggungjawab. kerjasama ibubapa adalah sangat penting bagi membantu guru prasekolah menjayakan lagi pembelajaran kanak-kanak prasekolah.tanpa kerjasama ibubapa tidak berguna juga
walaupun guru prasekolah mempunyai pengalaman atau cara pengajaran yang baik.

chongsuilan said...

cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kualiti dan mutu pengajran guru prasekolah adalah melalui memberian latihan seperti In-house traning, hands-on traning, dan external traning.

Atoi said...

Guru yang berkualiti adalah guru yang berkesan. guru berkesan dapat menyampaikan ilmu dengan baik kepada anak didiknya.kajian oleh Shukri dan Zuraida (1998)mendapati guru berkesan dilihat dari sudut produk yang dihasilkan, perlakuan semasa mengajar dan memiliki ciri-ciri personaliti yang baik.untuk menjadi guru yang berkualiti, seseorang guru itu perlu MENGHAYATI Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Negara

Unknown said...

Baru-baru ini saya ada interview seorang pengusaha tadika, antara soalan yang saya tanya adalah berkenaan kelulusan guru yang mengajar di tadikanya. Pengusaha tadika beritahu , kelayakan tak penting sangat, setakat SPM pun tiada masalah, asalkan dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan fasih.

kasma said...

Guru tadika yang berkualiti sangat penting untuk menghasilkan kanak-kanak prasekolah yang berkualiti dari pelbagai segi. Tanpa komitmen penuh guru terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, perubahan kemajuan dalam pelajaran mungkin terjejas sehingga ada pelajar masih tidak dapat membaca walaupun sudah memasuki sekolah rendah.Guru yang berkualiti akan menggunakan pelbagai kaedah untuk memastikan kanak-kanak mencapai matlamat mengikut kurikulum prasekolah tersebut,disamping menyemai kasih sayang terhadap kanak-kanak.
Justeru, guru tadika mesti menghayati tugas murni profesion perguruan dan menjalankan tanggungjawab itu atas dasar benar-benar mahu serta ikhlas untuk mendidik, bukan sebagai pilihan kerjaya terakhir. Ini kerana dengan kesungguhan semua pihak, pelajar mampu mencapai kecemerlangan yang membanggakan.