Tuesday, March 18, 2008

ANAK PINTAR (GIFTED)

Kepintaran (gifted) merupakan satu situasi di mana perkembangan seseorang anak adalah lebih pantas berbanding kanak-kanak seusianya. Kemampuan mentalnya lebih maju dan mampu menyerap serta mengasimilasikan maklumat dengan cepat dan lebih imaginatif berbanding normal. Ada yang membesar lebih pantas di segi fizikal dan mewujudkan masalah seperti akil baligh sebelum masanya. Ada pula yang berhadapan dengan maklumat yang minda mereka belum bersedia di segi emosi.

Sebagai seorang ibu bapa atau guru, bagaimanakah peranan anda dalam mengendalikan kanak-kanak pintar/gifted?

6 comments:

::ajah:: said...

Mendidik anak pintar memang mencabar kebolehan ibu bapa dan guru.. ini kerana, anak pintar memang berbeza di segi cara berfikir, bercakap dan bertindak berbanding rakan sebaya yang lain..Sebagai seorang ibubapa/guru, maka wajarlah ibu bapa/guru bersedia dari segi mental dan fizikal atas keunikan yang ada pada anak gifted..sebagai contoh, memenuhi kehendak atau kebolehan positif yang ada pada kanak-kanak ini..kemahiran komunikasi, pengetahuan yang tinggi perlu ada pada ibubapa/guru dalam mendidik anak-anak ini..dari segi daya intelektual juga, guru-guru perlu menyediakan kemahiran/ latihan yang lebih mencabar dalam mengasah kebolehan kanak-kanak ini..

Unknown said...

Seronok juga ye kalau dapat anak pintar ni, tak payah susah payah nak paksa anak belajar. Sebagai ibu bapa, saya berpendapat memiliki anak seperti ini merupakan satu anugerah. Kita layanlah anak ini mengikut tahap kematangan mereka, namun jangan abaikan fitrah kanak-kanak yang ada pada mereka. Jangan paksa anak pintar ini melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Masalah timbul iaitu, sekolah mana yang sesuai unuk kanak-kanak pintar ni. Tapi rasanya ramai pihak akan tampil untuk membantu. Contohnya Adik Adi Ptra. Setelah bertukar beberapa sekolah yang dikatakan tidak bersesuaian dengan kepantasan intelek ferarinya, akhirnya Unisel telah menyahut cabaran untuk menyediakan satu ruang pembelajaran yang mungkin bersesuaian dengan kepintarannya.

haslina said...

Anak pintar ??? memang tidak dinafikan Allah menjadikan manusia berbagai-bagai. bagi ibu yang dianugerahkan anak pintar memang merasa amat bersyukur tetapi adakah anak yang pintar ini memang pintar dari semua aspek ? sekiranya begitu eloklah.... tapi kita sebagai ibu bapa kepada anak pintar ini jangan lupa NILAI juga perlu diterapkan dalam diri anak itu supaya apabila dia dewasa kelak dia masih menghargai jasa kedua orang tuanya serta menghargai serta menghormati orang-orang yang lebih tua daripadanya walaupun bukan GURU yang menyebabkannya pintar.............

::ajah:: said...

ada tak sesiapa yang menjumpai model serta teori yang berkaitan dengan kanak-kanak pintar/gifted?

Atoi said...

walaupun di Malaysia isu kanak-kanak pintar bukanlah merupakan isu yang baru, tapi nampaknya negara kita seolah-olah tidak bersedia menghadapi situasi seperti ini, seperti apa yang berlaku terhadap beberapa kanak-kanak seperti Sufiah dan Adi Putra. tidak ada satu sekolah atau institusi yang dikhaskan untuk kanak-kanak pintar agar kelebihan yang ada pada mereka dapat digunakan oleh negara sebagai satu aset pada masa hadapan tanpa menafikan hak mereka sebagai kanak-kanak. apa yang berlaku pada Sufiah seharusnya dijadikan teladan oleh semua.

farehah said...

Saya ada buat kajian sikit berkenaan dengan kanak-kanak pintar ni, dan maklumat yang saya dapat tak banyak sangat. Ini menunjukkan kajian tentang kanak-kanak pintar ini sangat sedikit. Bahkan di Malaysia sendiri tidak memfokuskan kanak-kanak pintar ini. kanak-kanak pintar di Malaysia terpinggir. Mereka tidak dapat mengembangkan kemahiran masing-masing.