Wednesday, March 19, 2008

IBU BAPA BEKERJA

i. Apa pendapat anda mengenai ibu bapa bekerja?
ii. Berikan kesan jangka pendek serta jangka panjang kepada keluarga?
iii.Terangkan faktor- faktor penglibatan ibubapa dalam pekerjaan.
iv. Kajian-kajian yang berkaitan dengan ibu bapa bekerja?

6 comments:

Unknown said...

Pendapat tentang ibu bapa bekerja?
Pada pendapat saya bapa memang wajib bekerja, sebab tugas mencari nafkah memang tanggungjawab lelaki. Namun, kalau ketua keluarga mampu memberikan kehidupan yang selesa kepada isteri dan anak-anak, tak bekerja pun takpe. Islam pun dah jelaskan yang tugas mendidik anak-anak merupakan tugas ibu. Tapi sekarang ni ramai golongan perempuan yang berpendidikan tinggi, dan kepakaran mereka amat diperlukan oleh negara. Dalam konteks sekarang rasanya tak salah ibu keluar bekerja, asalkan urusan rumah tangga dapat diatur dengan bijak, lebih-lebih lagi kos sara hidup yang semakin meningkat. Orang lelaki zaman sekarang pun mengharapkan bakal isteri yang bekerja supaya dapat membantu memantapkan ekonomi keluarga.Sebenarnya anak-anak yang mempunyai ibu bekerja adalah lebih berdikari berbanding anak-anak yang ibunya tidak bekerja. sekurang-kurangnya mereka boleh membasuh pinggan, menggosok baju sendiri dsb.

Atoi said...

kehidupan pada masa kini berbeza dengan 10 @ 20 tahun lepas terutamanya aspek kos kehidupan. tuntutan hidup masa kini memaksa ibu bapa bekerja keras untuk menampung kos kehidupan keluarga terutamanya di bandar-bandar besar waima di luar bandar di mana kadar perbelanjaan isi rumah makin meningkat. kini kita dapati kaum ibu ramai yang bekerja untuk membantu meringankan beban perbelanjaan yang sepatutnya ditanggung oleh kaum bapa. cuma dalam rasa ghairah mencari rezeki janganlah lupa batas atau syariat yang digariskan oleh agama kita agar rezeki kita HALAL 100% di samping tidak mengabaikan tanggungjawab kita terhadap keluarga.

haslina said...

Ibu bapa bekerja. Pada pendapat saya,bapa memang wajib bekerja kerana sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab seorang bapa. sekiranya seorang bapa dapat menyara semua perbelanjaan isi rumah dan dapat memberi kesenangan isteri tidak menjadi masalah dan isteri tidak perlu bekerja.Tetapi yang menjadi masalahnya seorang bapa tidak dapat menyediakan semua itu dengan selengkapnya. Isteri yang dirumah pula tidak diberi seperti kemahuan sebagai seorang perempuan. seperti kita sedia maklum,seorang isteri perlu sentiasa kelihatan cantik dan ini memerlukan perbelanjaan yang lebih.Sekiranya keperluan ini tidak dapat dilaksanakan maka isteri yang mempunyai pendidkan ini akan keluar bekerja. Dengan ini siisteri akan dapat memenuhi kehendaknya tanpa disekat kemahuannya oleh suami. Suami yang mampu menyara hidup keluarga pula akan menggaji seorang pembantu untuk menguruskan kerja-kerja rumah.oleh kerana timbang rasa suami tadi, maka seorang ibu tadi dengan sendirinya akan mempunyai rasa tanggungjawab dalam mendidik anak-anak kerana masa untuk membuat kerja rumah telah dibereskan oleh pembantu.Ibu yang bekerja juga mempunyai masa dengan anak-anak secara tidak langsung pendapatan ibu akan meningkatkan ekonomi keluarga dan negara.

::ajah:: said...

Sejak zaman moden ini, fenomena ibu bpa bekerja sudah menjadi kebiasaan dan sudah diterima ramai sebagai satu keperluan hidup.Perubahan sosialisasi ini menunjukkan, rata-rata masyarakat menganggap ibu bapa perlu bekerja untuk mengukuhkan ekonomi sesebuah keluarga.Pada pendapat saya, ubu bapa yang bekerja mempunyai pro dan kontranya.Antara pronya ialah untuk meningkatkan kestabilan ekonomi, kanak-kanak lebih berdikari, meningkatkan motivasi anak-anak untuk menjadi yang lebih baik daripada ibu bapa. manakalah kontranya ialah pengambilan pekerja asing sebagai pembantu rumah yang memberi kesan kepada didikan anak-anak, kualiti masa bersama keluarga juga kurang, pengabaian tanggungjawab mendidik anak anak kerana kesibukan kerja dan juga moraliti anak-anak juga terabai dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang tidak baik.

Maka, wajarlah ibu bapa yang bekerja sedar akan tanggungjawabnya terhadap anak-anak untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku serta rasa ketidakpuas hati serta pemberontakan terhadap ibu bapa.

Perlu diingatkan juga ialah ibu bapa yang bekerja perlulah memastikan rezeki yang diperolehi adalah Halal untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Seperti kata pepatah 'benih yang baik menghasilkan pokok yang baik'. Sekian wslm.

farehah said...

Ibu bapa yang bekerja mempunyai masa yang sedikit untuk mendidik anak-anak secara langsung. Ibu bapa sangat penting dalam pendidikan anak-anak. Faktor yang terlibat secara langsung untuk menghasilkan kesejahteraan hidup berkeluarga adalah hubungan suami-isteri, hubungan ibu-bapa dengan anak-anak, hubungan di kalangan anak-anak, dan seterusnya hubungan keluarga dengan masyarakat. Perkara yang diberi penekanan ialah dari segi kedudukan dan peranan (status and roles) oleh ahli keluarga dalam masyarakat yang pesat membangun yang meliputi aspek akhlak (moral), disiplin dan tanggungjawab anggota keluarga. Ia akan juga menyentuh tentang hidup suami isteri. Pelajar juga didedahkan dengan persoalan dan masalah keluarga yang memberi kesannya kepada pendidikan anak-anak, masyarakat dan negara.
Pada pendapat saya, ibu bapa pada zaman sekarang boleh bekerja tetapi harus bijak membahagikan masa untuk mendidik anak-anak.

farehah said...

Dalam faktor sosial, peranan ibu bapa amat penting dalam mendidik anak-anak. Kebanyakan ibu bapa bekerja kerana wujudnya perubahan sosial hari ini. Ada kalanya mereka terlalu mementingkan pekerjaan daripada memberi perhatian kepada anak-anak. Mereka cuba memuaskan hati anak-anak dengan hanya memberikan keselesaan dan kemewahan kebendaan tanpa kasih sayang dan masa untuk bersama-sama anak-anak. Mereka lupa bahawa anak-anak juga memerlukan perhatian untuk mendapat maklumat dalam kehidupan seharian. Dari situ anak-anak akan terasa terbiar tanpa kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Mereka bercampur dengan rakan sebaya yang bermasalah dan akhirnya menimbulkan masalah disiplin pada pihak sekolah.

Ada juga ibu bapa yang tidak menghiraukan anak-anak mereka walaupun pihak sekolah ada memberitahu mereka tentang masalah disiplin anak-anak di sekolah. Anak-anak ini mengambil peluang dari sikap acuh tidak acuh ibu bapa mereka untuk bertindak lebih buruk lagi di dalam dan luar sekolah. Akhirnya mungkin pihak polis terpaksa campur tangan dalam hal ini. Jadi, adalah tidak tepat jika meletakkan masalah disiplin di bahu guru sahaja sedangkan pihak ibu bapa cuma melepaskan tangan dalam hal ini.