Thursday, March 27, 2008

KARTUN PILIHAN KANAK-KANAK

Kita lihat rata-rata kanak-kanak meminati kartun. Kartun menjadi daya tarikan kanak -kanak disebabkan beberapa faktor. Cuba anda selami diri anda sebagai seorang kanak-kanak, kenapa kartun menjadi pilihan anda? Adakah disebabkan pengaruh kartun atau biologikal atau psikologikal kanak-kanak?

10 comments:

dream305 said...
This comment has been removed by the author.
dream305 said...

Lim Chin Yin (p36920) said:
Salah satu faktor kanak-kanak suka kartun adalah cerita kartun adalah menarik dan lucu. Kebanyakan watak-watak kartun adalah diberkan nyawa dan mereka boleh bercakap sehinggalah benda bukan hidup juga diberikan nyawa.Dan ini amat sesuai dengan tahap imaginasi kanak-kanak dan kebanyakan cerita adalah di luar dunia realiti sebenar. Menurut teori piaget, dalam tahap praoperational kanak-kanak belum mencapai pemikiran logik dan kanak-kanak masih make-believe play takes place.

haslina said...

Kanak-kanak pada zaman sekarang memang amat terdedah dengan cerita-cerita kartun. ini mungkin disebabkan mereka banyak menghabiskan masa mereka dengan menonton televisyen lebih-lebih lagi sekiranya ibu bapa mereka sibuk dengan tugasan harian.Walau sibuk mana pun ibu bapa harus juga memantau kartun jenis apa yang ditonton oleh kanak-kanak kerana kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang ditonton lebih-lebih lagi sekiranya watak kartun yang berunsur keganasan.Kebiasaannya pada umur 5 tahun mereka suka melakukan aktiviti seperti melompat , berlari dan membuat aksi untuk menonjolkan diri kepada orang dewasa.oleh itu adalah lebih baik semasa menonton ibu bapa turut berada di samping kanak-kanak dan memberitahu nilai yang baik atau sebaliknya.

::ajah:: said...

Khadijah (P39281) said:

Antara daya tarikan kartun pada kanak-kanak ialah animasi yang menarik, gambar yang beraneka warna, ceritanya juga adalah pada tahap pemikiran kanak-kanak.

Namun, setakat ini saya masih belum menjumpai kajian yang berkaitan dengan kartun pada kanak-kanak.

rahayu said...

Bukan hanya kanak-kanak yang meminati kartun tetapai ramai juga orang dewasa di luar sana yang meminati kartun.Selain kartun itu dapat menghiburkan kanak-kanak tetapi ia juga dapat merangsang minda kanak-kanak.Anak saya berumur 3 tahun 5 bulan dan dia amat gemar dengan kartun DORA di tv 9,apa yang menarik ialah dia dapat memberi jawapan apabila DORA menyoalkan soalan yang berkaitan.Perkara ini amat menarik perhatian saya dan suami.Kartun DORA ini dapat merangsang minda kanak-kanak dan mereka dapat berfikir secara spontan dan bersahaja semasa cuba menjawab soalan yang diajukan oleh watak kartun tersebut.Pada pendapat saya kita sebagai ibu bapa harus memilih kartun yang sesuai untuk anak kita dan bukan semua kartun itu yang mempunyai pengaruh yang negatif.

farehah said...

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon". Agak berbeza dengan komik, kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada diluar logik akal.

farehah said...

Pengaruh kartun di Malaysia sedikit sebanyak dari majalah Beano,Dandy dan Topper yang dibawa masuk dari England. Dalam tahun 1970, terdapat usaha dikalangan kartunis menerbitkan majalah kartun seperi Ha Hu Hum (Rejabhad), Jenakarama, Wak Dojer sehingga tahun 1980an syarikat penerbitan Amir Enterprise telah menerbitkan Akhbar Warta Jenaka secara mingguan. Akhbar Warta Jenaka merupakan gelanggang kartunis berkarya termasuk Mishar, Don, Kerengge, Long (sekadar menyebut beberapa nama) sehingga ianya ditutup.

farehah said...

Majalah BUJAL terbitan Rizalman melalui Raz Studio adalah contoh sebuah majalah kartun yang mendapat tempat di hati kanak-kanak dan pembaca pada tahun 1980an. Kerekter Bujal yang dicipta Rizalman dan Bujil oleh Nasah masih diingati hingga sekarang. Pun begitu, karekter Bambino melalui majalah BAMBINO adalah ikon-ikon pada masa itu. Ikon-ikon lain seperti Aca dan Atuk, Usop Sontorian (Ujang), Anak-anak Sidek (Penerbitan JAS), Professor Serba Tahu (CESB)akan terus berada di bibir peminat kartun?

chongsuilan said...

Kartun mengikut takrif yang mudah berkisar sesuatu yang lucu, lawak, jenaka diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris "cartoon".kartun adalah media yang mudah mendapat ransangan kerana ia berjaya mengelikan hati pembaca dan penonton. Kebiasaannya kartun berada di luar logik akal.ini adalah sesuai dengan tahap imaginasi kanak-kanak.kanak-kanak suka kartun bukan sahaja disebabkan oleh kelucuannya tetapi tertarik dengan watak-watak yang kartun. ini menyebabkan kanak-kanak memuja akan kehebatan perwatakan karun yang menjadi hero kepada mereka.

kasma said...

kartun adalah animasi yang sangat berkait rapat dengan kanak-kanak.ia sangat diminati oleh kanak-kanak kerana wataknya yang lucu, yang dikatakan mampu menarik minat kanak-kanak untuk menonton cerita kartun,ia juga membawa pelbagai mesej yang baik untuk kanak-kanak seperti mesej kemanusiaan dan sebagainya.Setakat ini belum ada kajian yang membuktikan kartun memberikan kebaikan atau sebaliknya kepada golongan kanak-kanak