Monday, March 17, 2008

ISU ANAK HILANG

Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai perculikan kanak-kanak kerap kedengaran di media massa dan elektronik. Apa pendapat anda mengenai isu ini?Siapakah yang harus dipersalahkan?Apakah langkah-langkah untuk menanganinya?-terima kasih

7 comments:

Unknown said...

Tidak dinafikan, isu penculikan kanak-kanak hangat diperkatakan di negara kita masa kini.Tahun lalu, Kisah penculikan Nurin Jazlin yang berakhir dengan pembunuhan kejam kanak-kanak itu menarik perhatian ramai pihak. Baru-baru ini pula kisah kehilangan adik Asmawi diwar-warkan media, sedangkan sharlene yang diculik lebih 2 bulan lalu masih menemui jalan buntu. Siapa yang harus dipersalahkan? Pada pendapat saya tentulah ibu bapa, sebab kebanyakkan isu culik ni berlaku ketika kanak-kanak berada di rumah atau di samping ibu bapa mereka.Lihat saja kes kehilangan adik Yin, yang hilang ketika bersama ibu bapanya di pusat membeli-belah. Bukan nak salahkan ibu bapa sepenuhnya, tetapi sebagai ibu bapa perlu ada sikap berhati-hati atau boleh saya katakan rasa curiga dengan orang yang kita baru kenal.Kalau ibu bapa sentiasa berbangga mendidik anak sehingga berjaya dalam akademik misalnya, takkan la bila hal-hal yang negatif ini kita cepat menuduh pihak lain?

haslina said...

Kita sebagai ibu bapa memang tidak mahu perkara yang buruk berlaku ke atas keluarga kita terutama anak-anak kita.Apa tah lagi sejak kebelakang ini kerap kita dengar tentang kehilangan anak.Kita tidak boleh salahkan sesiapa apabila perkara yang tidak diingini berlaku, cuma saya rasa sebagai ibu bapa harus menimbulkan kesedaran kepada anak-anak tentang cara menjaga keselamatan diri walau di mana berada terutama apabila berada luar rumah.Jangan keluar rumah sekiranya ibu bapa tiada,tanamkan semangat kejiranan dengan memberitahu jiran sekiranya ada masalah sebelum ibu bapa pulang dari kerja.Ibu bapa juga perlu menyimpan nombor telefon jiran sekiranya berlaku kecemasan dan terpaksa pulang lewat dan banyak lagi ...... jadi saya tegasnya di sini terapkan pada diri anak SAYANGI DIRI SENDIRI.Setuju tak kawan-kawan ???

Atoi said...

anak hilang???
mmg tidak dinafikan ibu bapa yang perlu bertanggungjawab, sbb anak kan amanah Allah. tp kebanyakan isu anak hilang ni daripada latar belakang SES keluarga rendah, so ibu bapa lebih menghabiskan byk masa utk mencari rezeki, so anak diajar berdikari. tp jangan lupa, masyarakat juga main peranan utama . kalau diimbau zaman dulu2 (zaman kita kecil2)tak ada kes anak hilang, kalau hilang pun orang tua2 kata , "disorok bunian" ( betul ke). tp salah satu sebab, masyarakat dulu sgt prihatin, anak orang lain pun seperti anak sendiri. so cabarannya sekarang, bagaiman nak timbulkan semula semangat kemasyarakatan seperti dulu DAN.... jika anda melihat anak kecil berseorangan di tepi jalan, apa yang akan anda lakukan?

Unknown said...

Betul tu, semangat kejiranan perlu diperkukuhkan. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko anak hilang. Walau pun agak sukar direalisasikan lebih-lebih lagi di kawasan bandar, tapi kalau semua individu bersemangat untuk mengukuhkan ukhuwah, rasanya tidak mustahil.

::ajah:: said...

menyayat hati mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini.

Sebelum itu, dua hari lalu, seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Norashila Jaafar dilaporkan hilang dari rumahnya di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung, Selangor, sebuah kawasan perumahan yang terletak kira-kira 50 kilometer ke utara Kuala Lumpur.

mengapa kes-kes ini berlaku??banyak faktor yang menyumbang kepada kes kehilangan kanak-kanak..antaranya keprihatinan masyarakat setempat mengenai kecurigaan terhadap orang lain dipandang enteng..dan ada segelintir ibu bapa yang membiarkan anak tanpa pengawasan..fenomena yang kita lihat hari ini memperlihatkan ibu bapa sibuk dengan kerja-kerja peribadi..selain itu, kanak-kanak tidak dididik dengan kefahaman curiga kepda orang asing..maka wajarlah semua bertanggungjawab atas kehilangan anak-anak yang berlaku..dan yang paling menakutkan kehilangan kanak-kanak memberi kesan jangka pendek dan panjang kepada kanak-kanak yang tidak bersalah..fikirkanlah

farehah said...

Isu anak hilang ini memang telah banyak berlaku. Ada yang dapat dikesan ada juga yang tidak dapat dikesan. Ke manakah mereka menghilang? Bagaimana sedihnya perasaan ibu bapa mereka. Kita yang mendengar ni pun, berasa kesan kesedihan apa lagi bahu yang memikul? kadang kala ada sindikit yang menculik kanak-kanak ini untuk tujuan tertentu seperti aktiviti meminta sedekah. Ada di antara kanak-kanak yang hilang ini "dicacatkan" bagi tujuan minta sedekah.
Ada pula kanak-kanak yang dibunuh bagi tujuan organ dalaman seperti buah pinggang, hati dan lain-lain. Ini memang berlaku bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara gejala ini seolah-olah perkara biasa.

farehah said...
This comment has been removed by the author.