Sunday, April 27, 2008

PENILAIAN

Apakah yang dimaksudkan dengan penilaian? Jelaskan penilaian yang telah dijalankan di peringkat prasekolah dan tadika. Huraikan isu-isu berkenaan dengan penilaian. Serta kesan penilaian terhadap pelajar prasekolah?

3 comments:

haslina said...

Penilaian merupakan perkara yang mustahak dalam pendidikan prasekolah.Penilaian di peringkat prasekolah dijalankan secara tidak formal dan berterusan. Guru prasekolah hendaklah menilai kanak-kanak dari masa kesemasa. Tujuan penilaian dilakukan adalah untuk mengetahui kemajuan kanak-kanak dalam berbagai aktiviti dan perkembangan sikap mereka mereka semasa di prasekolah. Dengan adanya penilaian guru prasekolah dan ibu bapa boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk memahami keperluan kanak-kanak sebagai individu.Selain itu penilaian juga dijadikan panduan untuk merancang aktiviti harian supaya kanak-kanak terus maju.Persoalannya sekarang sejauh mana penilaian di prasekolah membantu guru tahun satu untuk menilai kanak-kanak, kerana setakat ini tiada kesenyambungan penilaian di prasekolah ke sekolah rendah.

farehah said...

Penilaian ke atas kanak -kanak dari peringkat prasekolah awal adalah penting supaya program -program intervensi awal dapat diaturkan. Program -program intervensi juga perlu disesuaikan untuk setiap kanak -kanak menurut diagnosis , kekuatan -kekuatan dan kelemahan -kelemahan kanak -kanak itu sendiri .

Sesuatu program yang diatur itu mempunyai objektif -objektifnya yang tersendiri yang perlu difahami oleh ibu bapa . Umpamanya , jika seseorang kanak -kanak itu tidak mempunyai motivasi untuk bercakap , usaha -usaha untuk merangsang minatnya , membina keyakinan diri dan memberi dia peluang berinteraksi serta bergaul dengan dengan rakan -rakan sebayanya boleh dijalankan . Kanak -kanak yang berusia tiga hingga empat tahun yang masih tidak mempamerkan kemahiran pengamatan (perceptual skills ) boleh diberikan pendidikan khas . Jika penguasaan bahasanya lemah , dia haruslah digalakkan supaya lebih banyak berbual serta mengikuti sesi -sesi bimbingan khas untuk mempertingkatkan kefahaman bahasanya .

Sebagaimana yang telah diterangkan , kemahiran bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian akademik . Oleh itu , perhatian yang sewajarnya haruslah diberikan terhadap perkembangan bahasa seseorang kanak-kanak.

Intervensi mungkin memerlukan rawatan ubat. Contohnya, kanak-kanak yang sering mendapat sawan perlu diberikan ubat cegah sawan. Kanak-kanak yang mengalami kekurangan hormon tirod (hypothyroidism) akan dibekalkan denagn hormon tersebut seumur hidup. Bagi kanak-kank yang hiperaktif, intervensi-intervensi awal yang merangkumi program pengubahsuaian tingkah laku bagi membantunya mengawal diri (self-control) perlu diaturkan. Ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengurangkan keresahan anak itu sewaktu menjalani program pemgubahsuaian tingkah laku. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pengamatan dan tidak boleh mengenal abjad, berbagai-bagai kaedah pembelajaran boleh digunakan untuk mempertingkatkan prestasi inteleknya.

::ajah:: said...

Menurut kamus Dewan Edisi keempat tahun 2005 penilaian bermaksud perbuatan menilai atau mentafsir. Penilaian merupakan proses yang melibatkan beberapa tahap yang berterusan tetapi dengan satu tujuan, iaitu mendapatkan maklumat sesuatu keputusan boleh dibuat.
Huraian Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (2003) telah menggariskan bahawa penilaian di prasekolah merupakan proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid melalui kaedah pemerhatian.