Monday, April 7, 2008

PEMBANTU TADIKA/ PRASEKOLAH

Cuba anda semua keluarkan satu isu mengengenai pembantu tadika/ prasekolah..terima kasih

4 comments:

chongsuilan said...

pembantu prasekolah kini memainkan peranan penting dalam meringankan beban guru prasekolah. ini dapat meningkatkan lagi kualiti dan mutu pengurusan kanak-kanak di dalam kelas. pembantu prasekolah perlu jelas dengan skop kerja sebagai pembantu kepada guru prasekolah. di samping itu, pembantu prasekoalh juga perlu diberi latihan untuk meningkatkan kecekapan pekerjaan mereka.

farehah said...

Pembantu praekolah sekarang susah nak cari? Kalau ada pun tak kekal lama? Nape ek? Orang Indon ramai nak jawatan nih. Macam mana nih?

haslina said...

Pembantu prasekolah bukan sahaja penting dalam menguruskan hal-hal di prasekolah, namun ketiadaannya atau kata lain sekiranya pembantu tersebut mengambil cuti maka pengurusan juga akan menjadi kurang lancar, guru terpaksa menangani semua kerja pada hari tersebut disamping aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Maka disini bolehlah dikatakan di mana ada guru prasekolah di situ adanya pembantu prasekolah.Jadi pembantu prasekolah memainkan peranan yang penting dalam prasekolah.oleh yang demikian, pihak yang bertanggungjawab memilih pembantu guru prasekolah seharusnya memilih pembantu yang betul-betul minat kepada kanak-kanak disamping perlu melakukan tugasan lain yang berkaitan dengan kanak-kanak.

Atoi said...

di prasekolah kerajaan rasanya tidak ada masalah untuk mendapatkan pembantu prasekolah.kerajaan telah mewujudkan satu jawatan tetap untuk pembantu prasekolah. maka ramai yang memohon untuk menjadi pembantu prasekolah memandangkan gaji yang ditawarkan amat menarik di samping jaminan masa depan. sesetengah prasekolah swasta memang sukar untuk mendapatkan pembantu yang tetap mungkin disebabkan persekitaran kerja dan gaji yang ditawarkan kurang menarik. pertukaran pembantu prasekolah yang sering berlaku mengganggu pengurusan tadika. secara tidak langsung pembelajaran anak-anak terjejas. apa pun masalahnya, harap pembantu tadika yang diambil adalah orang yang benar-benar komited terhadap tanggungjawabnya kerana merekalah yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk anak-anak. penting tu kerana penyediaan makanan yang seimbang dan SUCI membantu pertumbuhan dan perkembangan anak-anak dengan sempurna.