Sunday, April 13, 2008

NILAI MURNI TERHADAP KANAK-KANAK

Nilai-nilai murni merujuk perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang kanak-kanak.

Apa yang anda faham tentang nilai murni? Pada pendapat anda, adakah pendidikan prasekolah/ tadika masa kini kurang menerapkan unsur-unsur nilai murni kepada kanak-kanak?

8 comments:

dream305 said...

Lim Chin Yin:
Nilai-nilai murni adalah dikaitrapat dengan moral. Ataupun kita boleh katakan orang yang bermoral adalah orang yang mempunyai nilai-nilai murni. Nilai-nilai murni adalah sesuatu yang telah disetujui dan dianggap ia betul oleh norma-norma masyarakat dan budaya kita, tetapi ia tidak mempunyai piawai ukuran yang tetap.

Tadika sekarang kurang menekankan perkembangan nilai-nilai murni dalam kanak-kanak ia adalah disebabkan ibu bapa lebih mementingkan akademik berbanding dengan nilai-nilai murni. Ibu bapa sekarang suka membandingkan prestasi anak-anak mereka dengan orang lain dari segi kebolehan menulis, membaca, mengira dan lain-lain berbanding dengan nilai-nilai murni. Inilah sebabnya berlaku masalah sosial yang berleluasa kerana mereka tiada nilai murni dalam pemikiran mereka. Nilai murni ini perlu diterapkan kepada kanak-kanak sejak kecil terutamanya bermula di rumah.Di tadika, guru boleh menerapkan nilai-nilai murni selepas sesuatu aktiviti pembelajaran supaya kanak-kanak boleh mengamalkan dengan memahaminya. Seperti topik tentang tumbuh-tumbuhan, guru boleh menerapkan nilai menyayangi bumi kita, menyayangi pokok dsb dengan menjelaskan kenapa kita perlu buat sedemikian apakah akibatnya jika kita tidak mengamalkan dan apakah tindakan yang sesuai diamalkan.

farehah said...

Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan. Wan Mohd. Zahid mentakrifkan nilai murni sebagai:

"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik dan berakhlak mulia"

(Wan Mohd. Zahid, 1988)


Secara keseluruhannya, ia merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh pelajar dan masyarakat. Dalam pendidikan, penerapan nilai yang pertama kali secara rasminya diberi penekanan ialah melalui Lapuran Kabinet (Lapuran Mahathir 1979), 1989. Semasa Datuk Sri Anwar Ibrahim menjadi pemimpin Kementerian Pendidikan beliau membuat penyataan mengenai FPN & KBSM yang mana menyelitkan isu-isu nilai murni untuk diterapkan kepada pelajar-pelajar dan guru-guru dalam melahirkan insan yang seimbang dan harmoni, bukan sahaja dari segi intelek, tetapi juga emosi, rohani dan jasmani

kasma said...

kasma
Nilai-nilai murni adalah nilai yang baik atau positif atau adab yang sesuai mengikut norma dalam masyarakat contohnya hemah tinggi, bekerjasama, kasih sayang dan sebagainya.Pada masa kini pernerapan nilai-nilai murni sangat perlu dititikberatkan dari kanak-kanak prasekolah contohnya kanak-kanak perlu belajar menyayangi alam sekitar dan alam haiwan apabila mereka di beri pendedahan kepada subjek awal sains. Guru-guru seharusnya menitikberatkan secara tidaklangsung didalam kurikulum.

Guru-gur u juga boleh mempraktikan dikalangan kanak-kanak dengan nilai bekerjasama semasa membuat tugasan dengan pelajar.prasekolah masakini tidak seharusnya hanya bermatlamat untuk kurikulum sahaja.

haslina said...

Nilai-nilai murni merupakan perkara-perkara yang positif yang diamalkan oleh seseorang itu. Nilai ini turut beriringan dengan norma-norma budaya negara yang memberi penekanan terhadap aspek kesopanan seseorang. Nilai murni yang ada pada seseorang bukan boleh dikuasai dalam sekelip mata sahaja.Guru-guru prasekolah merupakan orang yang pertama sebelum kanak-kanak ini melangkah ke sekolah rendah, oleh yang demikian penerapan nilai ini boleh dipupuk dari awal lagi melalui cerita,semasa p & p dan sebagainya. Ini perlu dilakukan untuk penghayatan sepanjang hayat kanak-kanak ini. Berikut adalah diantara nilai yang perlu diamalkan:
1. baik hati
2. berdikari
3. hemah tinggi
4. hormat
5. kasih sayang
6. keadilan
7. kebebasan
8. keberanian
9. kebersihan fizikal dan mental
10. kejujuran
11. kerajinan
12. kerjasama
13. kesederhanaan
14. kesyukuran
15. rasional
16. semangat bermasyarakat

Atoi said...

gejala sosial yang berlaku masa kini menggambarkan kepada kita seolah-olah anak-anak tidak pernah diajar dengan nilai-nilai yang baik dalam kehidupan. sedangkan saya percaya guru-guru sekolah, guru-guru tadika malah ibu bapa tidak pernah jemu mengajar, mendidik, menegur memberi nasihat kepada anak-anak setiap masa. masalahnya pengaruh luaran (media massa terutamanya) lebih kuat mempengaruhi anak-anak. oleh itu ibu bapa perlu menjadi orang pertama yang mengekang pengaruh ini daripada mempengaruhi anak-anak mereka dengan memberi didikan agama yang kukuh dari kecil lagi sebelum anak melangkah keluar ke dunia yang lebih luas. sesungguhnya nilai murni yang disertakan dengan ilmu agama adalah lebih berkesan.

Atoi said...

saya percaya di tadika ada diajar nilai murni kepada anak-anak sama ada secara langsung atau tidak langsung. malah nilai murni diserapkan dalam setiap mata pelajaran di sekolah rendah. cuma terpulang kepada guru bagaimana untuk melaksanakannya,dan guru seharusnya tidak jemu menerapkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak. anak-anak terutama anak-anak tadika lebih mencontohi apa yang guru buat daripada apa yang guru kata, oleh itu guru-guru tadika perlu menyediakan dan melengkapkan diri sebaik mungkin dengan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

chongsuilan said...

nilai-nilai murni merupakan nilai yang sepatutnya ada pada setiap orang kerana nilai murni ini yang menentukan sama ada seeorang itu bermoral atau tidak. nilai murni bukan sahaja diperkenalkan kepada kanak-kanak di alam sekolah sahaja tetapi ia perlu dimulakan dirumah.

kini pendedahan nilai-nilai mur kepada kanak-kanak adalah dilakukan memlalui matapelajaran pendidikan moral. matapelajaran moral telah menjadi satu matapelajaran yang mestsi diajar kepada semua pelajar termasuk kanak-kanak dan ia telah ditegaskan dalam kurikulum pendidikan prasekolah kebangsaan. pengenalan matapelajaran moral kepada kanak-kanak pada peringkat awal hanya merupakan langkah awal pendedahan konsep moral kepada kanak-kanak sahaja. oleh itu, guru-guru atau ibu bapa tidak boleh terlalu mendesak kanak-kanak menguasai dan mengamalkan kesemua nilai-nilai murni tersebut. kita sebagai orang dewasa bukannya semua boleh menerap kesemua nilai murni ke dalam kehiduan kita apatah lagi kanak-kanak.

nilai-nilai murni sebenarnya boleh diperkenalkan kepada kanak-kanak melalui banyak cara . antaranya melalui cara projek dan lawatan serta melalui aktiviti bercerita. cara ini bukan sahaja dapat menarik dan merangsang penglibatan kanak-kanak secara menyeluruh malah juga dapat mendedahkan mereka kepada situasi yang sebenar. dimana mereka berpeluang mengaplikasikan nilai-nilai murni yang dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. nilai-nilai murni yang kanak-kanak pelajari di sekolah hanyan akan dapat diperkukuhkan lagi melalui pewatakan ibu bapa atau penjaga.ini kerana kanak-kanak kebanyakan masanya belajar melalui peniruan kepada apa yang mereka lihat dan lalui dalam kehidupan seharian mereka.

haslina said...

Apakah nilai-nilai murni yang dimaksudkan? Atau apakah yang dikatakan nilai itu? Nilai itu ialah sesuatu yang mempunyai harga pada dirinya sendiri, seperti kalau dalam hal harta ianya seperti emas; atau yang berharga kerana ianya boleh mendatangkan sesuatu yang lain melaluinya seperti wang kertas. Ertinya ada nilai yang dikehendaki kerana dirinya sendiri dan ada yang dikehendaki kerana ianya boleh membawa kepada perkara-perkara lain yang dikehendaki.oleh yang demikian, untuk menerapkan nilai-nilai murni seharusnya di mulakan daripada awal lagi, supaya ia akan menjadi darah daging mereka apabila dia dewasa kelak.