Friday, January 25, 2008

Isu-isu Prasekolah..Sila bincangkan..(jah)

Sila bincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pra-sekolah.

contohnya, Yuran pelajar.

26 comments:

::ajah:: said...

saya rasa tiada masalah kalau yuran mahal tapi pembelajaran berkesan.

::ajah:: said...

kAWAN2, SILA BAGI KOMEN BAGI ISU INI..

Unknown said...

Bagi saya yuran yang mahal akan membebankan ibubapa. Tambahan lagi kalau ibubapa yangmempunyai ramai anak. Pembelajaran yang berkualiti sangat dihargai tetapi yuran perlulah berpatutan jangan terlalu berasaskan keuntungan

Unknown said...

Punca yuran mahal adalah kerana faktor francais. Ye ke? Contohnya Q-Dees, Jack & Jill, Tadika Nuri etc. Do you guys agree with me?

kasma said...

yuran mahal tapi kemudahan prasarana lengkap, dipersetujui.

Atoi said...

Pada masa kini tadika swasta mengenakan yuran yang terlalu tinggi untuk tadika hinggakan kadar yuran yang terpaksa dibayar oleh ibu bapa untuk anak prasekolah melebihi perbelanjaan anak untuk sekolah rendah dan menengah. Di Bandar Baru Bangi umpamanya ada tadika yang mengenakan yuran pendaftaran hingga mencecah RM1000 dan bulanan sekitar RM200- RM250. Ibu bapa tidak mempunyai banyak pilihan kerana prasekolah annex hanya diperuntukkan untuk golongan berpendapatan rendah sahaja.Saya berpendapat pihak kerajaan harus mengeluarkan garis panduan tentang kadar bayaran tadika dan sentiasa membuat pemantauan.

Atoi said...

guru tadika swasta mempunyai kelayakan berbeza, ada ijazah, diploma, sijil ,stpm dan juga spm. kursus untuk jadi guru tadika pun hanya 2/3 hari saja.itupun guru-guru ni dihantar oleh pengusaha tadika untuk jalani kursus. keadaan ini mempengaruhi kualiti pengajaran dan pendidikan di tadika. setuju tak kawan-kawan?

chongsuilan said...

para pengusaha tadika tidak sepatutnya mengenakan turan sekolah yang tinggi kerana ini akan membebankan ibu bapa yang berpendapat rendah.

haslina said...

Yuran yang mahal memang amat membebankan ibu bapa,tetapi ibu bapa terpaksa membayarnya demi pendidikan awal pada anak-anak mereka.Tetapi pembayaran ini tidak terasa sekiranya anak-anak yang di hantar ke tadika itu dibekalkan pendidikan yang berkualiti serta telah bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah.

haslina said...

9000 pengasuh di 3,000 lebih pusat jagaan harian diseluruh negara tidak mempunyai latihan dan pentauliahan yang sempurna. Ini agak membimbangkan kerana ia bukan sahaja mendatangkan risiko Keselamatan anak-anak di bawah jagaan pengasuh malah menyalahi Akta Pusat Jagaan Kanak-kanak 1984 ( Sumber : Bernama 9 jun 2006 ). Sampai bilakah perkara ini akan berterusan?

rosni bte ahmad said...

ok yuran yang tak seragam akan menjadikan kanak-kanak di Malaysia mendapat pendidikan yang berbeza kerana adanya yuran. oleh itu kerajaan patut membuat kajian terhadap permasalahan ini kerana ia akan mendatangkan masalah double standard

Unknown said...

Hi geng...kita asyik cakap pasal yuran ni, ada satu laman web disney playhouse, taip dalam yahoo search. Nanti korang tengok preschool online. Very interesting. maklumlah sekarang zaman IT. Budak-budak lagi advance daripada kita. Budak-budak sure suka sebab characters disney diaorang dah kenal. And for your information every two weeks they upgrade all the activities, which means kids won't get bored. Best kan. Payment by credit card. Tapi sekarang ada 7days trial, so try lah. Parents tak payah hantar kanak-kanak ke tadika. Subscribe jer courseware tu. Apa pendapat kawan-kawan?
-farehah-

Unknown said...

-kawan-kawan ada satu lagi website untuk kanak-kanak iaitu http:/gootropolis.com
- tapi characters dalam website ni tak sama dengan watak-watak disney.
- courseware ni guna watak seram sikit tapi colourful jugaklah.
- try tau jangan tak try pastu commentlah sikit-sikit.

Atoi said...

pembelajaran interaktif memang menarik minat anak-anak dan mereka boleh leka di hadapan komputer. tetapi itu tidak bermakna kita tidak perlu menghantar anak-anak ke tadika. bukan ke di tadika anak-anak boleh belajar macam-macam perkara selain akademik dan 'pembentukan nilai diri' yang tidak dapat diajar oleh komputer?

chongsuilan said...

saya setuju dengan pendapat kak Apidah.walaupun, ICT itu penting di zaman sekarang tetapi kita tidak terlalu bergantung kepada komputer saja.sebab takut nanti anak-anak kita ada gap sosial dengan kanak-kanak lain.nanti susah pula.Tambahan pula,komputer tidak boleh melakukan apa yang boleh dilakukan oleh seorang guru.

chongsuilan said...

Saya ada satu soalan.Bagaimana dengan parents yang bekerja?kalau kita tidak hantar anak kita ke tadika.siapa nak jaga anak kita?satu masalah juga kan?

Atoi said...

ibu yang bekerja memang menghadapi dilema sama ada hantar anak ke pusat asuhan, ke rumah pengasuh atau mengambil pembantu rumah, semuanya ada risiko, terutama akhir-akhir ini banyak kes kanak-kanak didera. jasad saje di tempat kerja tapi hati sentiasa ingat anak yang ditinggalkan.saya setuju sangat kalau kerajaan menetapkan diadakan pusat asuhan berhampiran tempat kerja agar sedikit sebanyak keselamatan anak dapat dipantau.

Anonymous said...

jika kita memandang tahap negara kita ini iaitu standart negara membangun, sewajarnya yuran pendidikan di tadika swasta tidak seharusnya melampau sangat. tidak dinafikan bahawa kualiti pembelajaran dan fizikal sangat berbeza dengan tadika kerajaan. tetapi kita juga perlu melihat kepada taraf kehidupan keluarga. bukan semua ibu bapa berpendapatan tinggi. kos hidup semakin tinggi. adalah tidak wajar untuk spend wang ringgit yang banyak hanya untuk anak-anak mengenal huruf dan pandai membaca sahaja. adalah wajar yuran yang dikenakan itu berdasarkan kepada kualiti dan taraf hidup di sesuatu tempat.

Anonymous said...

kepentingan prasekolah.
prasekolah telah wujud hampir 20 tahun di malaysia. adalah wajar ia kini menjadi satu indikator sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. kini prasekolah menjadi semakin penting. memberi pendidikan awal, mengenal huruf dan asas nombor, bersosialisasi dan berkomunikasi merupakan elemen-elemen yang diterapkan di kelas prasekolah. justeru itu, prasekolah ini menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam usaha untuk membiasakan kanak-kanak tersebut kealam persekolah formal.

Anonymous said...

kepentingan prasekolah.
prasekolah telah wujud hampir 20 tahun di malaysia. adalah wajar ia kini menjadi satu indikator sebagai pemangkin kepada perkembangan kanak-kanak yang berumur 4-6 tahun. kini prasekolah menjadi semakin penting. memberi pendidikan awal, mengenal huruf dan asas nombor, bersosialisasi dan berkomunikasi merupakan elemen-elemen yang diterapkan di kelas prasekolah. justeru itu, prasekolah ini menyediakan pendidikan awal kepada kanak-kanak dalam usaha untuk membiasakan kanak-kanak tersebut kealam persekolah formal.

dream305 said...

Bagi saya (LIM CHIN YIN), ibu bapa sekarang sanggup membayar yuran yang tinggi untuk mendapat pembelajaran yang terbaik untuk anak mereka. Asalkan mereka nampak hasil/result anak tersebut setanding atau lebih baik daripada kanak-kanak lain supaya tidak ketinggalan. Kalau kita tengok tadika dengan yuran rendah biasanya sikap guru ataupun p&p tadika tersebut tidaklah sebaiknya. Mahal tapi janji ada kualiti tinggi.

dream305 said...

LIM CHIN YIN:
Ya, saya sudah tengok http://atv.disney.go.com/playhouse/. Memang menarik, kanak-kanak akan suka nya. Dalam pun ada banyak games,colouring, stories, activities, music dsbnya. Saya rasa ibu bapa perlu mengawasi kanak-kanak semasa mereka melayari internet dan pastikan maklumat tersebut adalah sesuai berdasarkan perkembangan mereka.

Unknown said...

Setuju dengan pendapat Kak Apidah dan Kak Rosni supaya ada satu garis panduan tentang bayaran yuran pra-sekolah. Nampaknya sekarang prasekolah swasta berlumba-lumba menawarkan pakej-pakej tertentu seperti kebolehan membaca dan mengira dengan pantas supaya anak-anak dapat menguasai kemahiran-kemahiran tersebut dengan cepat sebelum memasuki sekolah rendah.keistimewaan-keistimewaan tersebutlah yang meningkatkan bayaran yuran. Bagi ibu bapa yang berada, tak adalah isu. Tapi bagi ibu bapa yang berpendapatan sederhana, memang agak membebankan, lebih-lebih lagi kalau mempunyai bilangan anak yang ramai.Nak masuk prasekolah kerajaan pula tidak layak. Ibu bapa tentu mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

haslina said...

Ibu bapa bekerja anak-anak ditinggalkan di TASKA atau dihantar ke rumah pengasuh atau menggaji pembantu rumah.sebelum menghantar anak-anak ke tempat-tempat yang dinyata tadi, ibu harus mengambil langkah-langkah bijak, sekiranya hantar di taska pastikan taska berdaftar, sekiranya hantar ke rumah pengasuh, pastikan kanak-kanak yang dijaga tidak terlalu ramai dan mengenali pengasuh dan sekiranya menggaji pembantu rumah pastikan, kita mrngambil mengikut prosedur yang betul. itu semua merupakan langkah yang sepatutnya kita ambil untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dan sekiranya pekara yang tidak diingini berlaku, sekurang-kurangnya kita dapat pembelaan dari pihak yang berkuasa. Anak kita adalah PERMATA dan AMANAH yang tuhan bagi pada kita. Betul tak kawan-kawan ??????

kasma said...

saya berpendapat,ibu bapa sekarang mampu untuk membayar yuran yang agak tinggi jika pembelajaran yang berkualiti dan prasarana yang sesuai agar anak-anak mereka tidak ketinggalan dalam arus pembelajaran.Selain daripada itu tadika juga seharusnya mengikut perkembangan sebenar kanak-kanak agar pembelajaran kanak-kanak lebih bermakna,gembira dan mencapai objektif.

kasma said...

pendidikan prasekolah telah menjadi pendidikan kemestian di malaysia.umur 3 -8 tahun adalah umur yang paling esuai untuk anak-anak mempelajari pelbagai kemahiran.walau bagaimana pun senario terkini ialah setiap tadika mempunyai nilai yuran yang berbeza bergantung kepada tadika tertentu. yuran yang tinggi menyebabkan keresahan kepada ibu bapa,walaubagaimana pun ia bergantung kepada kesesuaian kurikulum,kemahiran yang disediakan, ruang pembelajaran yang kondusif, kaedah pengajaran yang bermakna kepada kanak-kanak prasekolah.fikirkanlah